2011年12月8日星期四

interaksi otot-otot dalam pergerakan rangka

interaksi otot-otot dalam pergerakan rangka

salam semua,

saya memohon maaf kerana agak lama tidak update blog ini. maklumlah... akhir-akhir tahun ni, banyak perkara yang harus dibereskan. kali ini saya ingin berkongsi maklumat berkaitan interaksi otot dalam badan kita.

saling tindakan otot-otot bermaksud otot-otot dalam tubuh badan saling bertindak atau bekerjasama dalam melakukan suatu pergerakan. otot-otot akanbertindak secara berkumpulan iaitu melibatkan:


i. agonis

otot-otot penggerak utama (prime movers).
otot-otot utama menguncup untuk menghasilkan pergerakan khusus.
tindakan agonis menghasilkan lebih daya untuk pergerakan khusus.
contoh: biseps brakii dan brakialis.

ii. antagonis

menghasilkan pergerakan yang berlawanan dengan otot penggerak utama.
apabila agonis menguncup, antagonis akan mengendur atau relaks.
mengawal kelajuan pergerakan dan melicinkan pergerakan yang dilakukan oleh agonis.
contoh: triseps brakii

iii. sinergis

otot-otot yang membantu otot-otot penggerak utama.
  • sinergis menambah daya pada pelekatan otot.

sinergis juga menstabilkan sendi di mana otot-otot itu melekat.
contoh: otot-otot brakioradialis, biseps brakii dan brakialis
bertindak sebagai sinergis untuk membengkok sendi siku.


没有评论:

发表评论